Pengalaman Awal dalam Dunia Perniagaan – Part 1

Saya mungkin bukan those yang ada DNA bisnes apa-apa jelah. Datuk saya ya, dia ada memulakan pelbagai cabang perniagaan. Tapi, saya tak ada jual pemadam ke pembaris, kad bisnes kartun di zaman tadika. Ada yang dah mula lebih awal sedari usia kecik. Kecik2 lagi dah jaga cashier. Macam aku, aku bermula selepas berakhirnya SPM. So, masuk 2011 tu dah dapat tawaran buat foundation asasi. Bila masuk universiti dan ada internet (walau tersangkut2 sebab WiFi uni macam KO jugak) dan pada masa yang sama, tengah boring, sebab asyik belajar jer dari kecik sampai besar, so aku mencari2 sesuatu di internet, embracing my adulthood la kononnya. Konon bila dah dewasa, boleh buat decision apa sahaja aku nak, tapi… not yet bagi condition aku. Lepas tu, jumpalah ‘Cara buat duit internet’. Jadi 2011 adalah zaman aku mengenali internet marketing. Lambat kenal sebab kita sekolah MRSM. Memang jauh terperok kat dalam hutan Jeli sampai internet pun susah gila nak dapat. Kadang2 aku pelik, kenapa nak buat sekolah bagus2 dekat hutan belantara. Tapi, alhamdulillah, jadi jugak manusia. Yang dapat signal, radio Siam jer khun khai khai kap. Masa tu, aku tak tahu pun ada senior aku kat MRSM, dah buat Internet Marketing. Senyap jer dia buat bisnes IM kat uni. Aku keluar MRSM jer, terkejut dia dah femes.

Dapat masuk universiti, dalam keboringan, aku godek2 cara nak buat bisnes. Time tu, aku start jer — buat bisnes sendiri. Buat sorang-sorang jer. Waktu itu, saya boleh buat 4 angka setiap bulan. Aku hanya dropship produk2 fizikal. Aku tak pegang barang. Aku jumpa supplier kat majalah.com. Aku contact sebab dia bagi harga murah giler. Percaya kepada kualiti produknya. Sebab produk yang aku pilih adalah senang laris, tidak ada expiry dan ada sense of fashion. Aku pun pilih untuk menjual al quran digital. Tapi, nak stand out daripada competition, aku bagi nama Quran Digital Kotak Baldu. Boleh search. Aku order quran itu, dah sampai, bawak keluar setiap isi. Aku bentang kain berwarna satin emas di atas meja dan susun cantik2 atas kain. Pastu, guna bilik abang saya sebab bilik dia cerah dan dinding berwarna kuning. Kemudian, saya pinjam DSLR kakak saya. Saya pun snap banyak gambar. Saya edit di Photoshop untuk tampil kemas. Zaman tu, tak denya Canva ni semua. Semua copywriting, material gambar nice2 semua saya sendiri sediakan untuk ejen2 saya. Kemudian, saya buat private Facebook group dan start rekrut. Saya tawarkan hadiah-hadiah menarik seperti gajet iPhone, tablet dan sebagainya jika mencapai jualan KPI yang saya tetapkan. Saya duduk sahaja, goyang kaki, relaks dekat dalam dewan sambil dengar lecturer bercakap. Saya seronok sebab plan saya menjadi! Duit memang masuk jer macam air. Jika produk saya rosak, saya dah sediakan Google form sebagai warranty form untuk ejen2 saya ambil tindakan. Kawan-kawan lain sibuk menelaah pelajaran di dewan, aku pula, terus-terang, ingin sekali berhenti belajar dan buat bisnes. Waktu tu lah. PnL memang ego statement.

Ini contoh material perniagaan aku sendiri sediakan untuk ejen2 aku. Pakai Photoshop aje.

Saya yang buat ni sebab saya tengok gambar2 supplier bagi tak boleh pakai, gambar format 3gp kan, buruk gila dan tak meyakinkan. Aku bagi harga aku. Sangat redha dengan margin rendah aku, sebab aku nak volume. Aku bagi jer ejen2 nak mark up berapa. Janji jalan. Ini antara pengalaman AWAL berniaga online pada tahun 2012. Time tu, aku berumur 21 tahun. Fikir sorang2. Buat pun sorang2 jer. Kemudian tak lama kemudian, ada dispute berlaku di antara saya dan supplier. Saya berhenti buat bisnes itu. So, saya beralih tengok menda lain pulak. Saya beralih kepada produk telekung lycra pulak dan kemudian, proceed idea baru iaitu, ebay-aliexpress. Masa itu, tak ramai wanita yang terjun dalam bidang dropship antarabangsa. Alhamdulillah, sekarang dah ramai.

Saya berbangga juga sebab saya berjaya meraih pengalaman yang unik. Walaupun parents saya meragui pendirian saya untuk menceburi bidang perniagaan, tapi saya buat jer. Saya berhabis ribu jugak, tapi tak sampai RM5k. Zaman bodoh dan tamak ilmu. Mama abah bagi belanja jer, aku pergi beli ebook la, wordpress plugin la apa la, sebab aku pun buat juga bisnes buat website dan kreatif kat universiti. Sorry mama abah. Even sekarang ni dah kahwin pun, suami suruh beli benda lain, tak boleh dah beli plugin. Tu bajet lain. Lol.

Akhirnya, saya berjaya habiskan pengajian saya dalam Bachelor of Homeopathy Medical Science (BHMS). Di akhir pengajian, saya berjaya siapkan bachelor thesis saya dalam masa 4 bulan jer yang tebalnya mungkin orang lain akan cakap, ‘engko buat PhD ke?’ Alah. Dalam lebih 350+ lebih muka surat tentang Arsenicum Album untuk Diarrhea dalam kalangan Paediatrics. Saya buat kajian ini secara twinning di sebuah hospital homeopati yang terletak di perkampungan Palghar, Maharashtra, Mumbai, India 3 bulan lebih. Kat sana, setiap pelajar ditugaskan untuk ambil data, esktrak dan salin balik dengan kemas. Ko tahu jelah, tulisan doktor yang macam cacing kerawit tu dan juga banyak juga borang yang lompong tak berisi data. Jadi, ko kena revisit balik kes-kes itu semua and make sure ia betuiiii. Task ini agak memenatkan. Kemudian, balik semula ke Cyberjaya dan sambung buat thesis kat sini. Bab menulis thesis ni, to be honest, tak ada hal sangat sebab aku ok jer menulis. Dan pada aku, lagi aku tak menulis, lagi gila jadinya. Ini pesen aku lah. So, aku tak kesah pun tebal macam mana aku ter-producekan, asalkan content dapat dikembangkan dengan cukup, jelas dan simple to understand.

Sebenarnya, pengalaman bisnes ni pun amatlah sedikit jika nak bandingkan dengan orang lain. Kita ni sekurangnya kena cuba banyak benda sebelum kita dapat wisdom. Bila langgar tu, kira kita tengah connect the dot lah. Ada ke kita lahir2 terus, boleh berjalan berlari? Tak. So, Lagi awal kita start, lagi bagus. Sebab bila kita dah berumur 40an, 50an baru nak start bisnes, kau bayangkan otak kita masa itu mungkin tak boleh nak work smart sangat macam kita masa muda ni. Masa muda ni lah, dengan kemewahan teknologi lagi, kita should be dapat tangkap dan membuat hasil dengan lebih mudah. Next, next, kita insyallah dah ada duit untuk orang lain pulak buat kerja untuk kita. Masa muda ni, kita belajar basic2 jer macam nak publish artikel ke, copywriting ke, public speaking ke. Inilah masa untuk kita belajar kemahiran-kemahiran bisnes.

Sebelum masuk uni tu, aku pernah tolong mak sedara jual jubah dekat mall Metro Kajang. Pukul 10 pagi dah bukak kedai sampailah 10 malam. Jadi, mak sedara aku dah bagi tips, awal2 pagi kena berusaha pecah telur. Lepas dah pecah telur, baru lah datang rezeki itu macam air. Dari sini, aku belajar cara nak jual baju pulak. Time ni bulan Ramadhan dan mak ayah aku kat Mekah, naik Haji. Selama 30 hari lah aku kerja. Banyak tips aku dapat untuk melariskan jualan bagi bisnes trading ini, dalam petak bersaiz 8 x 8 kaki dalam mall tu. Sampaikan operator mall tu mula2 dia cakap, tempat petak tu tak ada ong. Lepas diorang perhati traffic mall dia dari tingkat atas, macam tak pueh hati jer bagi harga sewa rendah kat mak sedara aku ni sebab tiba2 ada ong plak dah. Next time, dia nak raise harga tapi bagi kitorang park dulu harga sama. lol. Time tu, penat sebab 30 hari straight, tak ada hari rehat Sabtu Ahad langsung. Dari situ, aku meniti pengalaman orang berniaga yang perniagaannya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Next, aku dah grad uni. 9 bulan sebelum aku grad, aku dah cari kerja kat luar. Aku target nak ada kaitan dengan health sebab aku nak lah utilize lah background aku ni kan. Aku ni lain sikit. Kawan2 aku kebanyakkan pergi apply klinik. Aku nak cari trading company. Alhamdulillah. Majikan datang panggil untuk interview. Majikan aku tu salah satu shareholder mall tu. Dan dia ada sebuah farmasi kesihatan. So, dia nak kenal homeopati. Aku pun sembang lah homeopati tu apa. Aku tunjuk gambar jerawat pulih dengan homeopati selepas aku frust dengan rawatan Roaccutane yang aku dapatkan daripada seorang doktor dermatologi 2 tahun tak jadi, malah makin worse. Habis duit jer. Aku cadang kat bos tu, apa kata kita bukak homeopati department kat farmasi ni? End up, aku dapat lah bekerja kat situ sebagai Homeopath cum Nutritionist Executive. Kira aku jadi salesperson jugaklah. Tapi, aku agak yakin lah dengan ilmu research + homeopati + bisnes. So, aku tak lah menjadi seorang salesperson yang annoying, yang asyik nak jual jual jual jer. Most of my customers masih contact dengan aku sebab yelah, mulut aku boleh tahan berceloteh lah jugak time aku mood nak bercerita tu kan… dan aku juga banyak rekemen produk yang sesuai buat masalah kesihatan mereka. Another thing, dapatlah bukak satu department homeopati dekat farmasi yang terkenal tu. So, harapan aku telah berjaya menjadi kenyataan iaitu, homeopati department ini akhirnya dapat berfungsi sebagai legasi buat MPHM dan alumni-alumni BHMS yang sedang mencari pekerjaan selain klinik dan nak belajar selok-belok bisnes retail kesihatan, dengan harapan homeopati dapat berkembang dengan cara begini, walaupun aku tidak lagi berada di situ. Alhamdulillah. Segala apa pengalaman aku terdahulu, aku apply. First month dah dapat insentif tertinggi. Yay.

Lepas tu, aku kerja klinik pulak. Ok jer, kerja klinik tapi slow pace lah. Aku dah biasa kerja farmasi yang fast-pace. So, aku rindu giler dengan aksi-aksi kesibukan itu dan bertemu customer yang aku boleh anggap sebagai pesakit + kawan. Datang jer, melekat jer kitaorang. Bertukar-tukar pendapat secara professional selain hit KPI jualan dan selain dapat bertemu dengan customer yang pelbagai kelas sosial. Kalau dengan orang putih, aku tak hal lah nak speaking ke apa ker. Kau nak tahu apa (pasal 500+ produk2 di sini), ada di hujung jari aku. Cuma tinggal nak point jari jer kat produk tu. Camtu tahap keyakinan aku hahahaks~. Tanpa senior2 aku yang hebat, tak mungkin aku di tahap ini. Memang best la tempat kerja aku tu, walaupun balik lewat gila pukul 10.15pm. Lambat aku nak jumpa boyfriend. Nasib baiklah boyfriend aku ni boleh tunggu aku. Nak jugak dia kat aku ni, walaupun selekeh kerja farmasi jer pun. Sekarang, dah pun jadi suami aku. Hehehe. Poin aku, skill menjual aku rasa, antara kemahiran terawal yang perlu kita mahirkan sebelum bukak bisnes.

Kadang-kadang, sampai pukul 11pm dek kena melayan customer Arab perempuan dewasa ni nak beli something pakai currency negara dia. Kitorang dah mengantuk gila time tu sebab kerja start pukul 9 pagi dah kena bukak kedai, kira duit, susun produk, mop lantai ke apa kan. Lepas tu, dia boleh nak semua ikut kata dia. Kitorang sampai dah bagi Google translation bahasa Arab dah, but still saja buat tak faham bahasa. Memang dia tak peduli pun muka2 kitorang yang kelat dan ketat ni. Pengurup wang semua of course lah dah tutup. Akhirnya ambil masa 2 jam layan perangai ni dengan diplomasi habis lah, then tutup kedai pukul 11.30pm. Ini kes unik la. Tak la hari2 macam ni. Itulah dia sudut kisah al-marhaen al-retail. Lepas itu, barulah aku kerja klinik as homeopath. Dalam pada itu, jodoh ajak buat bisnes sama since aku tak berapa seronok kerja dalam klinik itu. Aku pun setuju. Kami bagi nama TL Invention.

Bisnes ni nak mula senang. Tapi, kat finishing paling penting. Kalau boleh, kita tak nak dia ever finish. Kita nak jaga reputasi kita. Sebab tak nak lah yang bergantung kepada bisnes kita kehilangan sumber pendapatan. Sebab itu, perlunya ada sistem, walaupun produk bertukar. So, bila founder dah mati pun, in the future, siapa2 nak amik alih pun boleh, nak mewariskan bisnes pun boleh, nak jual bisnes pun boleh. Ada value. Macam produk Cap Kipas Udang atau Ramly Burger. Orang sentiasa nak beli, sentiasa perlukan. Founder dah meninggal dunia pun, tetap orang boleh membeli, makan enak2 di rumah. Kualiti tetap terjaga. Sebab dah ada sistem. Ini contoh startup yang berjaya, yang serius, tak main-main, sembang pun tak kencang mana tapi silently patuh kepada basic pasaran iaitu supply and demand dan asas yang solid. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kat Malaysia ni boleh sangat jadi besar, gah dan global. Insyallah.

Pasti pembaca di luar sana, mempunyai kisah yang lebih hebat daripada aku. Jika anda ada cerita yang ingin dikongsikan, boleh lah letak post anda di ruangan komen.

Saya berhenti kat sini dulu. Bersambung kemudian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *