Jangan Mengejar Passion

Passion adalah cinta. Membuat perkara yang kita cinta adalah sangat digalakkan. Kerana dengan adanya passion, kita akan dapat mengharungi ujian walau badai melanda – kata sang pujangga.

Betul la. Bukan semua boleh melalui badai itu. Orang passionate = orang gila sahaja yang boleh bertahan, di saat yang lain semua kecundang.

Sungguh! Passion adalah sebab APPLE boleh dibina. Kerana ada pendiri yang ‘gila’ iaitu Steve Jobs. Gila kat sini makna dia ‘semangat yang menyemarakkan’. Jika tidak ada semangat yang menyemarakkan, Apple tu pun tidak ada EXTENDED achievement. Dan kita tidak akan merasa permukaan screen phone yang luas dan funsgi kamera yang menghasilkan gambar yang crispy. Mungkin Nokia masih hidup. Mungkin Kodak masih hidup. Mungkin kita masih berjalan dengan walkman yang besar atau mp3 player yang terhad simpanannya.

Disebabkan passion, kita dapat merasa progress dalam tamadun. Tapi, adakah anda semua boleh jadi ‘gila’ macam Steve Jobs dan Elon Musk? Tahap mana kegilaan kita semua untuk mencipta perubahan yang besar?

Akhirnya, saya merasakan ‘gila’ ini satu anugerah. Satu kekuatan dalaman yang dibentuk oleh pelbagai pengalaman yang membuatkan dia tinggal sedikit sahaja lagi perasaan takut untuk terus mencuba. Mencuba. Mencuba lagi. Dan terus mencuba sehingga nyah perasaan takut dan ragu-ragu yang dibisik oleh si licik dalam menipu agar kita tinggalkan sahaja usaha kita itu.

Tidak semua boleh jadi begini gila. Passion ini untuk orang ‘gila’ sahaja. Dia yang akan merasionalkan ideanya apabila orang lain tidak boleh lagi nak merasionalkannya.

Being crazy/passionate is expensive. There is a lot to lose. Pastinya perlu ada jaring, yang fungsi ibaratnya seperti span, yang boleh menyerap kemusnahan. Steve Jobs was almost willing to lose anak perempuannya. Pernah baginya, Lisa dianggap sebagai batu penghalang terbesar baginya untuk mencapai kejayaan.

Begitu juga Elon Musk, melalui pelbagai abusive relationship dengan geng buli di sekolah dan ayah kandungnya. Semua pasti tak sangka kan, dapat menyaksi banyak kejayaan gila, sepanjang dekad ini, yang dilakukan oleh Elon Musk? Hanya yang melalui episod2 cekal yang boleh menjadi span ini, menyerap, mengumpul kekuatan dan meroket lalu membolos perkara membentuk perubahan yang amat sesuatu, yang belum lagi diperlukan manusia atau bakal diperlukan manusia.


Lain pula dengan kegilaan type Bill Gates. Type Bill Gates ini mempunyai latar belakang yang wealthy, orang senang dan cerdik. Pendapat saya, selain genius dan bertuah, Bill Gates adalah seorang yang tersangat curious dan berani membuat tindakan. Jika tidak, dia tidak akan terjun ke dalam tong sampah RORO yang berisi kod yang dibuang oleh senior software engineer. Dia sangat mahukan sesuatu sampai dia sanggup bergelumang dengan sampah yang busuk tu. Dapatlah dia mencipta komputeran yang baru iaitu Microsoft. Ketika itu, waktu remaja. Foolish and wild. Bill Gates pernah dituduh sebagai monopolist. Baginya, jika tidak ada petanding, maka kejayaan Microsoft tidak patut dikecam dan perlu diteruskan.

Gates mencipta kejayaan yang gila secara berterusan. Tidak seperti billionaire lain, Bill Gates menggunakan kepandaiannya dalam perkara yang besar dan penting seperti menjalankan vaksin polio dan membina sistem tandas yang bersih di negara-negara miskin, tenaga bersih dari sumber nuklear dan terkini, usahanya tertumpu kepada perubahan iklim. Umurnya 65 tahun dan orang gila macam Bill Gates tak banyak. Penderma, philantrophist mungkin banyak, tetapi orang yang membina progress dalam tamadun, tidak banyak. Kerana curiosty perlu dipandu oleh segala faktor yang menjadikan anjakan paradigma sebuah realiti.

Cop! Anda ingat tandas Bill Gates bina macam tandas kita ke? Dia menjanakan najis manusia sebagai sumber air bersih yang sistematik dan dia sendiri minum. Kedua, reaktor nuklear pun sudah siap to take on the world, yang dicipta lebih selamat daripada reaktor dari kes Chernobyl yang meletop dek kerana flawed reactor design yang mengorbankan nyawa dan mengakibatkan penyakit kanser thyroid. Namun, usaha Bill Gates akan nuclear energy ini tertangguh kerana pergaduhan antara Amerika (Trump) dengan China. Apapun, Bill Gates remains a crazy fighter, di mata saya. A very focused individual and super-extra extra extra hardworking person, walaupun dia billionaire.


Oleh itu, jika tidak cukup gila, ‘passion’ yang kita duk sebut2 di mulut itu, tidaklah menerobos atau memecah atau breakthrough mana. Cukup mengangkat darjat diri kita atau yang terdekat sahaja, untuk dapat mengecapi dan menikmati. Deep curiosity sebenarnya boleh menjadi kebolehan unik semua. Hanya kerana passionate/gila, sebenarnya boleh mendorong melakukan sesuatu usaha yang baru, biarpun sedikit berbeza dan lebih baik daripada yang lain.

Kalau bukan mengejar passion, habis tu, nak kejar apa?

Kejar market size dan trajectory.

Ini lah pilihan yang kedua yang ada, jika kita tidak cukup gila.

Memadai memenuhi keperluan atau demand yang sedia ada. Menyelidiki, mewujudkan dan memberi makan kepada desire asasi manusia menurut Maslow’s Hierarchy dan scale.

Steve Jobs Syndrome | Despicable Yet Wonderful You

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *