“Tentang Duit” Perlu Dididik Sejak Kecil

Bila jadi usahawan, jam bekerja tu tidaklah semakin berkurang. Malah semakin bertambah. Daripada jam 9-5pm kalau kerja biasa, kepada peniaga jadi 5am-9pm. Kalau bekerja sendiri itu, rezeki gaji itu memang dah ditetapkan, cuma dari segi output je lah kena plan. Kalau jadi usahawan, input dan output, dua-dua nak kena plan sendiri. Aktiviti jana income semua plan sendiri. Usahawan dia nak cari rezeki kan, maka kita lah yang kena jemput rezeki. Jika ada tabiat suka memboros dan membazir (kecuali ada reserve yang quite besar untuk belanja), tak usahlah nak jadi usahawan. Sebab, at the end of the day, duit tu, nak rolling balik buat bina sistem, sampailah kita berjaya membuat pasif income.

Apa maksud pasif income ni? Pasif income adalah duit yang berjaya dijana time kita tidur. Kalau ada yang dah sampai peringkat ini, aku ucapkan tahniah sangat kat korang sebab dah berjaya break the rat race. Bagi yang belum capai tahap ini, maka kita kena tambah kuat bekerja lagi sampailah kita mampu membolos atau memecah rat race ini.

Oleh sebab itu, menyimpan dan membuat bajet (budgeting) adalah skill yang sangat-sangat kritikal. Aku pun tak adalah CFO aka Chief Finance Officer sangat, teringin juga sekali-sekala, makan McDonald Double Quarter Pound with Cheese. Tetapi dalam kepala, kita ligat nak fikir apa cara nak tambah income. At the end of the day, no money, no talk!

Kemudian, aku fikir, kenapalah semua ini tidak dididik di sekolah? Paling kurang, umur 16 tahun, kita dah belajar dan diberi kesedaran tentang sistem rat race ini. Itulah ilmu kekayaan sebenar ni tak semua orang nak bagitahu kat kita, melainkan kita yang cari sendiri, kita yang pilih nak baca buku apa. Nak baca buku novel cinta2, dapatlah belajar value cinta. Baca buku komik, dapatlah value comical. Baca buku sejarah, dapat value sejarah. Baca buku bisnes, dapatlah value yang bercerita tentang taktikal dan motivasi keusahawanan. Baca buku startup, dapatlah ilmu inovasi, iterasi teknikal dan perniagaan.

Siapa yang rajin, dapat belajar lebih cepat daripada orang lain. Siapa yang ada modal wang dan ada ilmu bisnes, dah boleh mendirikan bisnes yang bagus, stabil dan progresif dan tidak bergantung harap kepada instrumen luar seperti personal loan atau instrumen lain yang sering mengambil kesempatan kepada yang cetek ilmu, yang tak tahu apa-apa langsung setelah bergraduasi dan mahu senang cepat seperti skim cepat kayap. Oleh itu, ter-berlakulah kisah-kisah scam doktor, jurutera, dan orang cerdik pandai. Nak mencari aktif income, bukanlah senang. Punyalah letih amat. Keluar rumah, sebelum matahari terbit dan balik rumah selepas matahari terbenam. Ini cerita golongan bergaji tinggi.

Bagi golongan bergaji rendah pula, masih berada dalam zaman 70an di mana gaji permulaan masih di tahap RM2200, iaitu sama dengan gaji seorang kerani pada tahun 1970. Dengan umat yang semakin ramai, jawatan dan gaji yang masih di tahap yang menyedihkan dan pada masa yang sama, harga bagi keperluan sara diri naik berganda, bagaimana mungkin dapat keluar daripada sistem rat race ini? Tolak belanja isi rumah, tol, petrol, KWSP itu ini, joint loan, dapatlah sebiji rumah low cost. Kejayaan terbesar untuk pasangan suami isteri yang cekal. Itu belum lagi yang bujang. Lagi rendah sosioekonomi dan lagi kurang ilmu duit, lagi mencabar nak keluar daripada sistem rat race ini. Ini cerita dalam KL.

Sekarang, saya lihat, ramai yang buat keputusan bijak untuk pulang ke kampung halaman untuk mencari pekerjaan. Usahawan juga pulang ke kampung untuk membina ekosistem yang lebih baik. Peluang pekerjaan dipercayai banyak dan gaji yang sama untuk menyara keperluan hidup yang jauh lebih murah daripada hidup di kota. Ada yang tidak ada kampung halaman, sanggup dari bandar, masuk kampung untuk grab peluang ini – demi masa depan yang cemerlang. Tengok pada tempat.

Cadangan saya

Saya dapat mencadangkan 3 perkara untuk dilakukan untuk terus terapung dalam ekonomi sekarang dan masa depan.

3 perkara ini adalah perkara yang kita sahaja boleh kawal:

  1. Masa
  2. Mindset
  3. Personaliti

Di bawah ini, saya bagi contoh. Nak tukar, tukarlah. Ikut matlamat masing-masing.

Masa – faham yang ia tidak akan berundur kembali.

  • Digunakan untuk memperbanyakkan amalan baik, kebajikan dan soleh.
  • Tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
  • Masa digunakan dengan optimum untuk menjana duit.

Mindset – ingat why kita & affirm, “kerana Allah Taala”.

  • Fokus kepada gol kerana Allah Taala. Contoh: Keluar daripada sistem rat race kerana Allah Taala.
  • Ingin mengeluarkan zakat dengan konsisten kerana Allah Taala.
  • Ingin mengerjakan haji di waktu muda berumur __ tahun kerana Allah Taala.
  • Nak anak dapat pendidikan yang terbaik kerana Allah Taala.
  • Tukarkan fikiran daripada “Impossible” kepada “Possible” kerana Allah Taala.

Personaliti – yang kuat.

Personaliti yang baik datang daripada jiwa yang baik. Jiwa yang baik datang daripada:

  • Solat – jaga tiang agama.
  • Sabar
  • Syukur – mesti ada pasangannya iaitu, Redha.
  • Senyum
  • Sedekah (jariah) – yang berterusan lagi tidak putus.
  • Simpan (wang) – jangan boros, belajar urus harta walau sedikit.
  • Selamat – menjadi pengantara yang aman lagi mendamaikan
  • Susun – rancang kehidupan

3 ini sahaja perkara yang tiada entiti luar yang boleh mengawal kita. Hanya diri kita. Jika 1/3 atau 2/3 je kawal, susahlah hendak berlaku sesuatu perubahan yang besar, yang kita impikan. Yang bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, jom kita lakukan 3 perkara ini demi insan tersayang, demi kehidupan setelah bersara dan setelah mati, dengan baik, insyallah.

Kesimpulan – Kestabilan politik amat diharapkan.

Seharusnya, kita tidak boleh membiarkan keadaan gaji macam zaman dulu. Kerajaan perlulah ada political will untuk mengubah landskap ekonomi negara. Wujudkan banyak peluang baru dalam bidang sains untuk direbut dan dijawat jika benar hendak ke arah STEM dan sains data. Ni tak adalah graduan terpaksa tukar bidang 180 darjah dek kerana isu underpaid atau syarikat luar negara yang tak jadi nak terus bertapak di Malaysia, macam IBM (syarikat gergasi data) yang baru tutup dari Cyberjaya. Takut jadi trend syarikat luar yang lain. Pada mereka, baik bertapak di Indonesia, Thailand, Singapore. Jika jadi begini, bagaimana kita nak ada skill-transfer dengan syarikat data yang bagus begini? Syarikat luar negara juga yang banyak sediakan peluang yang berdaya saing untuk rakyat dengan bayaran yang tinggi.

Kemudian, ramai sungguh graduan overqualified (Master, Phd), mengeluh, kerana tidak dapat menyalurkan perkhidmatan. Padahal, sungguhlah berkobar-kobar hendak membuat perubahan besar kepada negara. Akhirnya, perlu membayar hutang pendidikannya yang besar melalui pekerjaan yang terpaksa berubah 180 darjah. Terpaksa korban cita-cita, kerana kemelut politik yang berpanjangan. Banyak lagi isu yang boleh dipetik.

Kestabilan politik, keter-urusan-nya dan political will, adalah amat amat diharapkan. Jika sentiasa bertukar, bagaimana lah kita ni nak nampak perubahan besar jika segala usaha ranap setiap 5 tahun dek ego ministership masing-masing. Negara ini sangat perlukan anjakan paradigma, perubahan yang membawa semua ke peringkat yang lebih tinggi dan propel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *