9-5 is awesome

Kalau ada yang pernah menghina, mencaci atau merendah-rendahkan pekerjaan 9am-5pm anda, sila abaikan mindset orang itu 100%. Kita tidak perlu membenci pelaku, tetapi kita boleh membenci perlakuan itu.

Time is money.

At least, anda ada aktif income. Anda perlu berbangga sebab ada aktif income. Orang lain belum tentu ada aktif income, yang stabil. Kejap ada masalah itu ini, susah betul nak bekerja dengan sepenuh tumpuan. Ada orang langsung tidak pernah ada aktif income. Ini lagi mencabar. Orang bisnes belum tentu ada aktif income. Masih ada yang kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Itu antara cabaran bagi bisnes yang belum stabil. Yang tidak ada pengalaman berbisnes, lagi lah mencabar. Frust sangat dengan syarikat dia bekerja, terus berhenti nak buat side hustle yang baru sahaja bertatih untuk dijadikan sebagai sumber active income utama, tanpa ada simpanan yang mencukupi untuk mempertahankan kerugian dan kebocoran wang ringgit.

Sebenarnya, aktif income ini adalah alat untuk menambah kekayaan. 9-5 kita adalah safety net – yang memberikan kita sumber pendapatan yang stabil, yang menyediakan job security, yang membolehkan kita beli susu anak, yang membolehkan kita bersedekah kepada ibu bapa.

Tetapi, apa yang kita bina sepanjang kerjaya 9-5pm ini? Ini aset-aset yang anda perlu tumpu untuk bina sepanjang kerjaya anda walau apa jua badai yang melanda:

  1. Bina Pelaburan

  2. Bina Pengalaman

  3. Bina Portfolio

  4. Bina Connections

  5. Bina Pengetahuan

  6. Bina Masa Depan

9-5pm ini lebih selamat dan berisiko rendah dan lebih menjamin masa depan jika tempat kerja bagus (saya lebih maksudkan syarikat swasta). Di luar waktu ini, luangkan masa dengan membaca atau belajar sesuatu. Belajarlah perkara yang REALISTIK yang boleh buat duit sampingan. Jika anda tanya saya, apa yang patut dipelajari? Sebagai contoh, belajar skill menjahit lebih baik daripada belajar jet ski. Pilih seni atau kemahiran yang unik, yang ramai orang tidak dapat memiliki kerana kesusahannya. Dan boleh lah dijadikan bisnes turun-temurun pula.

Asalkan duit dan masa sangat bijak diuruskan. Jika anda berumur 20an, eloklah anda diverse letak duit anda dalam saham, beli property, beli crypto, side hustle, dan self-learning. Inilah tujuan saya mendirikan blog. Saya juga mengambil tindakan yang sama dan berkongsi di blog ini dari semasa ke semasa.

Our 20’s sangat crucial. Cepat-cepat upgrade skill, upgrade diri, jelas hala tuju, niat baik nak kerja halal, nak sara family, nak balas jasa ibu bapa, nak hantar mereka dan kita-kita pun pergi haji, nak kahwin, nak anak dapat the best education, or the best susu. Semuanya kerana Allah Taala.

“Apabila dia keluar mencari rezeki kerana anaknya yang masih kecil, maka dia di jalan ALLAH. Apabila dia keluar mencari rezeki kerana kedua orang tuanya yang sudah berusia lanjut, maka dia di jalan ALLAH. Apabila dia keluar mencari rezeki kerana dirinya sendiri supaya terjaga harga dirinya, maka dia di jalan ALLAH. Apabila dia keluar mencari rezeki kerana riak dan kesombongan, maka dia di jalan syaitan.” (Hadis At-Thabrani)

Subhanallah begitu besar ganjarannya buat mereka yang letih bekerja mencari rezeki yang halal dengan tulang empat kerat.

Hidup selektif.

Harungi 9-5 dengan cekal dan positif. Kadang-kadang, kita sangat suka pekerjaan kita, namun, dapat pula rakan sekerja pula yang toksik, tidak bertanggungjawab, curi tulang dan suka bergosip yang boleh membawa fitnah dan menyakiti hati rakan sekerja lain dengan kutukan, ejekan dan sebagainya. Jadi, ini membuatkan rezeki yang halal, boleh jadi tidak berkat jika kita terikut sama. Elok kita buat bodoh sahaja orang tu. Ajak dia ke arah kebaikan atau biarlah dia dalam dunia dia. Kita buat sahaja kerja kita. You do you. Senang. Jika kita dikerah seperti lembu, kerahkan sahaja walaupun tidak suka. Pejamkan mata, pekakkan telinga, ketapkan bibir dan letakkan aset-aset yang saya senaraikan di atas tadi itu dalam kepala sebagai matlamat utama dan jalan keluar ke peringkat kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Plan plan plan.

Tips saya, selalulah sebut “Saya nak cari aktif income yang halal, barakah dan stabil“. Bila kita sebut apa yang kita mahu selalu, kita AKAN menarik perkara yang sedemikian dalam hidup kita. Kita mengaktifkan Law of Attraction. Cari syarikat yang stabil dan bagus, cari kawan2 yang baik, yang cenderung dengan impian yang sihat dan positif, demi agama dan kesejahteraan hidup kita. Jangan tersalah pilih kawan atau terikut-ikut peer pressure atau belanjawan kawan kita yang lebih dari mampu. Mereka mungkin dah ada struktur, dah ada sistem, dah ada plan. Kita kena fikir KITA. Kita nak bersara macam mana. Semua kena plan, kena rancang sekarang. Jika tersalah langkah, your 20’s boleh break the rest of your life. Jika tersalah langkah, pulih LAJU. Bangkit cepat 10x. Letakkan kesalahan lalu di masa lalu. Buat yang terbaik dengan MASA yang ada. Don’t waste TIME.

Orang yang tidak berpelajaran tinggi, yang ada rancangan, boleh mengalahkan, orang berpelajaran tinggi, yang tidak ada rancangan.

Hidup positif ceria selalu!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *