6 Langkah untuk Mendapatkan Kerjaya Impian

Memohon kerjaya impian ini sebenarnya memerlukan banyak self-reflection, ketekunan dan kreativiti. Apabila hendak mencari pekerjaan impian, kita perlu menilai sendiri — tentang sudut persekitaran kerja yang macam mana membuat kita sangat gembira¬†untuk bangun setiap hari untuk melakukannya?

Buat senarai semua syarat pekerjaan ideal anda. Ini mungkin bergantung kepada faktor yang berbeza dengan orang lain. Contohnya dari segi peranan anda dalam pekerjaan, lokasi, budaya kerja, jam kerja dan gaji. Ini adalah impian anda. Jadi, kena se-detailed mungkin.

Langkah 1

Bina resume yang spesifik pada kerjaya yang dimohon.

Langkah 2

Buat cover letter yang sesuai dengan syarikat itu. Tunjukkan semangat, jelaskan kemahiran dan pengalaman anda yang relevan, dan sertakan fakta tentang syarikat itu dari sudut, apa isu yang anda berminat dan boleh perbaiki prestasi syarikat itu.

Langkah 3

Pastikan online presence ada dengan pameran nilai yang baik. Anda juga boleh buat website yang professional yang mengandungi portfolio, resume dan material dan tools yang anda guna untuk menghasilkan perkara yang anda cintai. Sertakan foto profesional diri anda, buat introduction page atau halaman biografi.

Contoh pemasaran diri sendiri atau self-promotion yang berjaya.

Nina Mufleh mahu bekerja di Airbnb. Walau bagaimanapun, beliau tidak berjaya memohon sebarang jawatan di Airbnb. Oleh itu, dia membuat resume yang menunjukkan pengetahuannya tentang Airbnb, industri pelancongan, dan peluang yang Airbnb terlepas pandang di Timur Tengah. Dia kemudian tweet ini pada CEO dan CMO Airbnb. Seterusnya, beliau berjaya menarik perhatian mereka lalu dipanggil interview.

Resume ini juga menjadi viral dan menarik perhatian Uber dan LinkedIn. Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa anda ada bakat dalam bidang pemasaran?

Lakukan apa yang Nina buat – kreatif, cakna tentang perkembangan syarikat kegemarannya, pasarkan diri anda dan perhatikan syarikat yang anda mahu bekerja.

Langkah 4

Fokus pencarian pekerjaan anda ke kerjaya yang anda benar-benar berminat. Tidak perlu melamar pekerjaan yang tidak memenuhi keperluan anda untuk berkembang.

Semakin banyak usaha yang anda lakukan untuk melamar pekerjaan yang anda gemari, semakin besar peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

JANGAN APPLY KALAU TAK MINAT! TAK PERLU APPLY KALAU TAK MINAT!

Langkah 5

Libatkan diri dalam jaringan. Sertailah kelab-kelab industri yang relevan. Sebilangan besar pengambilan pekerja baru adalah berasal dari referral.

Mereka sedang mencari siapakah orang yang tepat yang boleh melakukan. Pastikan anda sentiasa bersedia!

Langkah 6

Baut follow up seminggu selepas memohon. Kekalkan semangat dan minat yang tinggi.

Kesimpulan

Kini anda mempunyai idea kukuh mengenai pekerjaan impian anda dan boleh mula mencari.

Fokus anda adalah mencari active income. Simpan, dan fokus untuk bina passive income (e.g: pelaburan hartanah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *